Wednesday, August 7, 2013

Hati kecewa dan terluka

Assalamualaikum korang2 semua,

wah..wah..wah..korang nampak x tajuk entry aku yg menunjukkan tahap kekecewaan yg dah sampai tahap paling impak maksima..kui3.. ntah la..sejak akhir-akhir nih aku telah dihempap oleh perasaan kecewa pada sesuatu yg x patut lagi untuk aku kecewa...argghh ayat pun dah tunggang langgang...

Aku sendiri x tau kenapa perasaan nih timbul balik sejak dua menjak nih sedangkan sudah hampir setahun lebih semuanya berlalu..mungkin kerana kebosanan menjadi penganggur (ada kene mengene ke?)..hoho..ye..aku masih terluka kerana percintaan..aku masih terluka dengan perbuatan insan yang telah memhancurkan seluruh hatiku...sungguh xdapat aku gambar perasaan ini..wahh...ayat aku dah mula dramatik nih,,rileks2..baru starting...hahha...


Aku x tau macam mana nk luahkan perasaan aku yang sebenar-benarnya..dan aku jugak xtau pada siapa harus aku ceritakan..jadi blog la tempat yg sesuai untuk aku luahkan secara terus tnpa perlu ada suara2 sumbang yg akan membantutkan segala penceritaan aku..hee...yela mengikut ilmu kaunseling yg aku pelajari, ramai orang mampu menjadi pencerita dan pendengar yang baik..tetapi x ramai orang mampu memahami dan emphati (meletakkan diri dalam situation orang lain) atau bahasa org putihnya, "putting yourself in other people's shoes"..

Selalunya bila aku bercerita masalah atau perasaan aku pada kawan2 aku akan bercerita secara tidak series dan main2..jarang sekali aku bercerita secara series sampai menitis air mata...no..no..no..itu bukn sifat aku..mungkin hanya orang2 tertentu yg aku boleh bercerita secara series..sebab apa??sebab aku tahu mereka2 semua x kan memahami apa yang aku rasa dan mereka akan samakan situation aku dengan situation mereka dan seterusnya aku akan dikondem dan dikatakan poyo.

yes beb...semua orang pernah rasa apa itu putus cinta..bla...bla...n .bla... but,, apa yang membezakan kita adalah perasaan yg kita rasa and sejauh mana perasaan kita terhadap insan tersebut... kau boleh ckap, kau pun penah putus cinta tapi xdelah seteruk aku yg poyo2 menangis berbulan2 sampai badan pun boleh susut 6kg..bla..bla..bla...ok2 aku paham..aku poyo dan amatlah bodoh kerana menganiaya diri sendiri kerana seorang lelaki..well if kau masih x pernah berada di tahap bodoh dan seteruk ini, kau sebenarnya masih x berasa apa itu cinta dalam erti kata sebenar..

Dulu sebelum aku menjadi sebodoh nih, aku pun berfikiran macam tuh..aku rasa bodoh gila orang yang sanggup bunuh diri kerana putus cinta...aku kutuk orang-orang nih..aku cakap diorang nih x matang la..bodoh la..kerana sorang lelaki pun nak sedih beriya sampai bunuh diri bagai macam orang xde agama..dan macm2 lagi yg aku sumpah seranah..puihhh...


tapi once aku dah penah rasa perasaan nih, aku rasa macam aku dah jilat balik kata-kata aku dulu...bunuh diri??memang tidak dinafikan ia akan ada dalam kepala mereka-mereka yang pernah kecewa dengan teruk..kau xkan mampu berfikir dengan waras..apa yg kau rasa hidup kau dah kosong..orang yang hari-hari caring pasal kau..mesej kau..kol kau..kongsi cerita dengan kau..layan segala kerenah kau and tempat utk kau nak gedik2 manja dah x wujud..means dah pergi tinggalkan kau la..waktu tuh kalau kau berada di kalayak ramai atau berkumpulan sekalipun kau akan rasa jiwa kau kosong apatah lagi kalau duduk sorang2 kn..dan xmustahil kau boleh menangis walaupun ramai orang tengah berada di sisi kau...keluarga.. kawan2.. semua xmampu kembalikan jiwa kau yg tengah kosong..apa yang mampu kau lakukan waktu tuh hanyalah menangis,,menangis..dan terus menangis (bagi perempuan la kn..lelaki menangis dlm hati..)..paling best terasa semua lagu kat radio tuh macam kene gila dgn diri kau waktu tuh..huh..hidup pun dah rasa xbermakna dan dah xde seri..so no wonder la mereka yang lemah iman boleh bertindak membunuh diri..sumpah wa cakap lu..SAKIT ooo perasaan tuh..seksa...fuhh..

Ok..once korang pernah berada di situasi di atas, means korang dah capai atau merasa satu tahap perasaan cinta sebenar..x kisah la macam manapun situasi korang putus..dipermainkan ke..pihak ketiga ke..halangan org tua ke..ape ke..yg penting adalah perasaan korang sendiri terhadap pasangan korang tuh..semua orang boleh menjadi bodoh kerana cinta..cinta berkaitan dengan perasaan..perasaan pula bukan sesuatu yang boleh dikawal oleh akal..ia berkaitan hati..hati yang Allah beri untuk mengasihi sesama manusia..

korang tau x kenapa aku merasa terlalu sakit untuk percintaan kali nih??sebab aku bodoh kerana memberi sepenuh hati aku kepada insan yg xpatut lagi aku beri..dia banyak mengajar aku makna kasih sayang..makna setia..tapi akhirnya semuanya tidak bermakna setelah sayang dan setia aku berikan..fuhhh.. berpeluh aku nak buat ayat drama nih...heh..



sakit bila dia permainkan perasaan aku..sakit bila dia x hiraukan dan x hormat perasaan aku..sakit bila tau aku hanyalah tempat persinggahan..sakit bila aku seperti x memberi makna padanya.sakit juga bila dia seperti mentertawakan perasaan aku yg tulus lagi mulus...waaa....segala2nya tentang perasaan ini adalah menyakitkan..rasa macam nak bunuh si dia yg kejam itu..maaf??selagi masih ada  luka di hati selagi itu tiada kemaafan mampu kuberi untuk segala perbuatannya yang mempermainkan cinta dan perasaanku..

setiap kali terkenangkan sengsara masa aku mula2 terluka dulu, mesti aku akan cakap pada diri aku yang aku xkan berpaling lagi pada orang yang dah hancurkan hati aku.. xkan aku lupa perasaan aku saat itu.. kosong..lonely..stress..kecewa..cinta,,benci...rindu..semua bercampur gaul.. hampir setiap malam aku menangis teringat dia yg langsung xingat aku..pegi keje (praktikal) menangis..balik keje menangis..semua orang aku jauhkan diri..sampai waktu rehat pun aku x makan..everything menyeksakan jiwa aku...sumpah sakit.. dan aku takut untuk merasa perasaan sebegitu lagi..terasa bodoh menyayangi dan mencintai orang sebegitu...


walaupun hari ini saat ini aku sudah hampir pulih, but itu x bermakna aku masih x terluka dan boleh terima dia sebagai kawan... ex2 sebelum nih aku xde hal nak berkawan balik..sebab bagi aku mungkin ex2 dulu x melukakan aku dengan teruk..but this time..OMG..rasa jantung aku seperti disentap2..kau dah kenapa kan nak sentap2 sangat..heh..

now im trying to bring him out from my life..segala barang pemberian dia aku simpan di tempat yang aku xnampak..gmbar2 kenangan pun aku dah simpan kat folder yang aku xkan bkak..number dia pun aku dah block..but dia masih cuba contact aku di whatsapp..aku xtau ape tujuan dia..mungkin x puas lagi nak menyakitkan aku kot..so aku terpaksa delete akaun whatsapp semata2 xnak diganggu dia..aku xnak ada pape connection pun dengan dia..walaupun its hard but at least im trying rite??

sekarang pun aku dapat tau yang dia dah bertunang dengan kawan baik dia tuh..and aku rase memang dari mula hubungan aku dengan dia pun, dia ada something dengan kawan baik dia tuh..cuma aku yang bodoh waktu tuh percayakan dia..korang tau kan bila dah libatkan keluarga aku rase mcam hubungan tuh series..tapi x sangka aku je sorang yang berfikir macam tuh..mungkin itu jugk salah satu sebab kenapa aku terlalu sakit dan kecewa..sebab aku dah start series untuk hubungan yang series...

thanks to him buat aku sedar supaya tidak mempercayai lelaki..even berkelakuan series sampai jumpa parent xkan menunjukkan yang lelaki itu series sampailah waktu bersalam dengan tok kadi.. sekarang aku dah muak dengar ayat2 manis lelaki..semua aku rasa menipu.. dan aku pun x mampu lagi menerima sesiapapun lagi sebagai pengganti.. serik..selagi dia masih xmampu aku buang, selagi itu aku xmampu terima yg lain..ape guna ada orang syg kita tapi kita xmampu nk balas sygnya balik..aku x nak jadi kejam..cukuplah aku dah rasa...yang mampu aku buat sekarang hanyalah berdoa supaya Allah buangkan perasaan aku pada dia dan menemukan aku dengan seseorang yang mampu membukakan balik pintu hati aku..


biarlah dia dengan hidup dia dan aku dengan hidup aku..its hard and sangat menyakitkan..xde perkataan mampu diucap untuk menggambarkan kesakitan ini..korang xkan berani kondem kalau korang pun pernah rase this feeling..dulu aku xpernah rasa aku pun kondem..but bila dah rasa aku xberani nk kondem bila ada kawan2 aku yg menangis x henti2 lepas putus cinta..bcoz now aku tau macammana rasanya sakit itu..sumpah aku xnak lagi perasaan ini..kalau aku tau sakitnya seteruk ini, memang xkan aku berani bercinta...tapi kalau x, mane aku nak tau kan..life is about experiment.. pasti ada hikmah..

aku percaya pada janji Allah..kita berkelakuan baik insyalh Allah akan temukan kita dengan orang yg berkelakuan baik juga..mungkin Allah temukan aku dengan si dia sebagai ujian hati untuk melihat sejauh mana ketabahan dan keteguhan iman aku.. Alhamdulillah aku xsampai tahap untuk membunuh diri walaupun jiwa aku kosong waktu tuh.. mungkin aku akan lebih berhati2 and lebih tabah untuk hadapi ujian2 hidup yg mendatang...amin..

kat bawah nih ayat seorang kawan yang buat aku kuat untuk melupakan dia dan membuat aku bersyukur xbersama dia..

"Lelaki yg pling hina dlm dunia ni adalah lelaki yg suke ambik ksempatan thadap kbaikan pmpuan...yg suke main2kn prsaan pmpuan, yg bgantung hdup pd pmpuan.. Hdp dier xkn senang klau xde pmpuan disisi dier...org mcm ni hdup mati smula pn belum tentu akn bhgia....snggup gadai prsaan smata2 nk tumpang ksenangan org lain... Dunia x kjam,tp mnusia yg mjadikan diri sndiri kjam..jadi kita Jgn hidup dlm bayang2 masa lalu.. sungai tak boleh kembali ke hulu.. matahari tak boleh kembali ke tempat terbit.. air mata juga tak boleh masuk semula ke mata.. terpaku pd masa lalu bermakna kita mensia2kan potensi diri.. jgn keluarkan org mati dr kubur mereka..Tinggalkan semua masa lalu yang menyakitkan..ia ibarat duri dalam daging..sakit disimpan dan harus dibuang untuk menghilangkan sakitnya.."
it just nice phase yang aku boleh terima..betul..aku harus buang dia terus supaya aku boleh bahagia..Allah tau apa yang terbaik untukku...untuk korang2 yang pernah merasa ataupun sedang merasa perasaan yg menyakitkan ini, bersabarlah..ada kawan aku pun pernah tanya macam mana aku boleh kuat masa lepas putus cinta..jawapannya,,aku xkuat pun..kalau x mana mau badan aku nk susut smpai 6kg..kau gila...xyah susah2 aku nak diet kot...senang2 cmtu je aku terus kurus cekeding...ngeh3..xde la..yg penting sabar..xde tips pun yang boleh hilangkan sakit putus cinta nih..semuanya bergantung pada masa..yess..masa penentu segala2nya,..mula2 memang la..sebab kita terpaksa biasakan diri hidup tanpa orang yang kita sayang tu..tapi lama2 kita akan pulih dengan sendirinya...just believe it..x kan dia senang2 boleh bhagia dengan orang lain kita xboleh..ape kau ingat macam lagu hafiz 'bahagiamu deritaku' ..byk cantik..haha..berdoalah banyak2 supaya Allah hapuskan perasaan kita secept mungkin terhadap insan tersebut,,then everything will be fine..insyallah..

sekian la nukilan tentang kesedihan hatiku untuk hari ini..malam ini..hopefully aku xkan cerita benda2 sedih lagi dalam blog...kuang2..ayat poyo sangat..ok la tadaa..assalamualaikum..


No comments:

Post a Comment